Monday, June 28, 2010

VAN UNTUK MASJID

Pihak pengurusan Masjid Khairiah Chabang Empat merasakan keperluan kepada sebuah van untuk pengangkutan masjid semakin terdesak. Banyak perkara yang boleh dilakukan apabila memiliki sebuah pengangkutan sendiri. Boleh melakukan usaha ziarah, boleh juga mengadakan lawatan ke masjid-masjid contoh dan berbagai kegiatan masjid lagi.

Dalam usaha mendapatkan sebuah van pihak masjid bercadang membeli sebuah van yang berharga di sekitar RM 20,000.00. Pihak masjid telah menwar-warkan berita itu kepada anak mukim. Hasilnya seorang dermawan telah menyumbang RM 5000.00 kepada masjid. Beliau juga telah berjanji akan membantu lagi jika tidak mencukupi. Di samping itu Unit Kebajikan dan Khairat Kematian masjid juga telah bersetuju menyumbang RM 5000.00. Angan-angan hampir menjadi kenyataan. Sebuah van yang sesuai sedang dipantau. Kalau perlu kami akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan van tersebut.

Friday, January 22, 2010

RESPON PERTAMA

Tumpat 22 Januari. Respon pertama daripada pihak agensi kerajaan terhadap rayuan sumbangan bagi melengkapkan Perpustakaan Al-Hidayah ialah oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mengikut setiausaha perpustakaan, saudara Ramo, pihak DBP telah bersetuju untuk menyumbang beberapa buah buku daripada pelbagai tajuk untuk perpustakaan ini. Pihak DBP meminta pihak perpustakaan menghantar wakil untuk menerima buku-buku tersebut.

Pihak masjid terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberi. Kami masih memerlukan sumbangan dalam bentuk peralatan ICT untuk mengakses internet di perpustakaan ini. Kami mengharapkan sumbangan seterusnya oleh badan-badan yang bermurah hati.