Tuesday, December 22, 2009

MASJID BAYANGAN

Sehari di masjid bayangan. Azan Subuh oleh Che Soh Tok Bilal dipagi itu betul-betul mencungkil setiap mata yang terbeliak kerana sudah kepuasan tidur. Masing-masing bingkas bangun, meleraikan tiga lilitan di tubuh, ikatan iblis laknatullah. Setelah mandi dan sesetengahnya berhadas besar, mereka bersegera ke masjid. Di masjid telah ramai para ahli jemaah mengerjakan sembahyang sunat sebelum subuh.

Sembahyang Subuh dimulakan dalam masa sepuluh minit selepas azan. Para ma’mum khusyak mendengar bacaan ayat-ayat suci yang dibaca oleh imam Ab Aziz. Memang beliau petah membaca ayat-ayat Al-Quraan. Imam lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir itu adalah diantara imam yang paling fasih bacaan Al-Quraannya di daerah ini. Sembahyang Subuh disempurnakan dengan wirid dan doa penutup yang ringkas. Sempurna fardhu Subuh pagi ini kerana jumlah jemaah yang mencecah ratusan orang.

Selepas Subuh, ada yang bergegas balik kerana urusan kerjaya masing-masing. Bagi orang pencen, mereka tidak perlu pulang awal. Sementara menunggu kedai ayam kampung milik Awang di hadapan masjid dibuka, mereka menghabiskan masa senggang itu dengan mengunjungi perpustakaan. Mereka berpeluang membaca buku-buka agama dan bagi yang celik komputer, mereka mula meraba papan kekunci komputer untuk mengakses internet. Banyak berita-berita terkini dapat dbaca dan diambil iktibar. Tak keluar wang sesen pun untuk membeli surat khabar. Mereka beredar dengan berbagai maklumat yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan.

Azan Dzohor akan berkumandang jam 1.14 petang. Baik mereka datang awal ke masjid. Sambil menunggu hawa panas yang menyelubungi badan hilang dek hembusan hidung alat penghawa dingin di bilik rujukan di perpustakaan, mereka membaca lagi. Lebih banyak cerita dan berita dapat dicapai melalui internet. Kalau rajin, boleh juga membuka program Al-Quraan untuk membuat semakan bacaan beberapa ayat Al-Quran yang didengar dalam kuliah Maghrib sebelumnya.



Tulisan penuh berikutnya

1 comment:

  1. Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Ilahi kerna dengan limpah rahmat dan kurniaan rezekiNYA akhirnya menara Masjid Khairiah Chabang Empat telah sipa dibina.Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli jemaah masjid,terutamanya Imam,para AJK dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak,yang mana mereka ini telah bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyiapkan menara ini bagi kegunaan semua.Saya sebagai anak jati Kampung Chabang Empat berasa amat teruja dan bangga dengan usaha ini kerana ia akan dapat menaikkan lagi syiar-syiar islam dan secara tidak langsung ia boleh mengajak lebih ramai lagi jemaah untuk solat berjemaah,insyaAllah.Diharapkan dengan tertubuhnya perpustakaan ini,golongan muda khususnya para remaja dapat mengunjungi perpustakaan ini bagi mengisi masa mereka,menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan disamping itu dapat mengelakkan mereka dari terjebak dengan perkara2 yang negatif.Diharapkan semua penduduk Kampung Chabang Empat tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi perpustakaan ini disamping meninggikan lagi syiar2 islam."Barangsiapa inginkan dunia,mereka hendaklah berilmu..dan barangsiapa inginkan akhirat,mereka hendaklah berilmu..dan barangsiapa inginkan kedua-duanya maka hendaklah mereka berilmu.."
    "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang men...ggunakan akal fikirannya."(Surah Al-Baqarah:ayat 269)

    ReplyDelete